Tuesday, March 10, 2009

Kelas Prasekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya

Bilangan kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk tahun 2009 adalah sebanyak 25 buah kelas. Bilangan kelas mengikut sekolah adalah seperti berikut:
1. SK Putrajaya Presint 8 (1) = 3 kelas
2. SK Putrajaya Presint 9 (1) = 2 kelas
3. SK Putrajaya Presint 8 (2) = 4 kelas
4. SK Putrajaya Presint 9 (2) = 3 kelas
5. SK Putrajaya Presint 11 (1) = 3 kelas
6. SK Putrajaya Presint 11 (3) = 3 kelas
7. SK Putrajaya Presint 16 (1) = 3 kelas
8. SK Putrajaya Presint 16 (2) = 2 kelas
9. SK Putrajaya Presint 14 (1) = 2 kelas

Borang Kaji Selidik Pencapaian Murid

http://www.scribd.com/doc/13132915/Borang-Kaji-Selidik-ian-Murid

Monday, December 29, 2008

Karnival Prasekolah 2008

Ketibaan Dr. Muhammad bin AB Rahman ke SK Putrajaya Presint 11 (3).

Pertandingan Tarian Rampai Tradisional di dewan sekolah.


Add ImagePersediaan sebelum pertandingan di bilik persiapan.



Majlis Graduasi Prasekolah 2008



Majlis Graduasi Prasekolah 2008 telah selamat dilaksanakan pada 8 November 2008.
Majlis Graduasi dibahagikan kepada 2 sesi, iaitu 4 buah sekolah menerima sijil pada sesi pertama dan 4 buah sekolah lagi menerima sijil pada sesi kedua. Sijil-sijil bagi kedua-dua sesi disampaikan oleh wakil tuan Timbalan Pengarah, Pn. Hjh. Noriah binti Hamzah, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ibu bapa dan murid bagi sesi pertama telah sampai di Auditorium Parcel E seawal 7.30 pagi.

Sesi pertama dimulakan dengan tarian selamat datang oleh murid-murid SK Putrajaya Presint 11 (3). Selepas bacaan doa dan ucapan perasmi, persembahan tarian dari murid prasekolah SK Putrajaya Presint 9 (2) yang telah mendapat tempat pertama dalam Karnival Prasekolah Putrajaya dan mendapat tempat ke-9 di Karnival Prasekolah Peringkat Kebangsaan di Kuantan. Usai sahaja persembahan tarian, sijil-sijil pun dianugerahkan kepada murid-murid prasekolah. Kelihatan ibu bapa begitu bangga melihat anak-anak mereka segak berpakaian jubah dan topi graduasi. Ibu bapa membawa anak-anak mereka pulang sejurus selepas penganugerahan sijil.

Sesi kedua pula dimulakan pada pukul 11 pagi, para hadirin telah dipersembahkan dengan tayangan multimedia acara-acara pertandingan di Karnival Prasekolah Peringkat Kebangsaan di Kuantan. Selepas itu, hadirin dipukau dengan deklamasi sajak oleh murid prasekolah SK Putrajaya Presint 11 (3) dan persembahan nyanyian dan gerakan oleh murid-murid prasekolah SK Putrajaya Presint 11 (1). Tiba giliran 4 buah sekolah lagi untuk menerima sijil. Anak-anak ini berjalan dengan bergaya, ada yang berjalan seperti tokoh korporat dan menteri, ada juga yang malu-malu. Majlis Graduasi Prasekolah 2008 selesai pada pukul 12.30 tengah hari.

Unit Prasekolah, Sektor Pengurusan Sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK pengelola iaitu pentadbir dan guru-guru dari SK Putrajaya Presint 11 (3), guru-guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan Majlis Graduasi Prasekolah 2008. Terima kasih juga kepada 736 orang ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut. Kehadiran tuan/puan telah memeriahkan lagi majlis graduasi kali ini.

Tuesday, December 16, 2008

Mesyuarat Program ICT Prasekolah 2008


Mesyuarat telah dihadiri oleh semua penyelaras daripada Jabatan Pelajaran Negeri. Agenda pertama adalah membina blog prasekolah negeri masing-masing. Walau bagaimanapun dibincangkan juga naiktaraf dan pengubahsuaian kelas prasekolah 1992.